Rabu, 4 April 2018

RPH BERTEMA 2018



Pada entry kali ini saya akan berkongsi satu rph bertema mengikut sukatan KSPK kepada pendidik yang kekeringan idea. RPH ini boleh diguna pakai oleh kanak-kanak berumur 5-6 tahun.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas  : 4 Ikhwan

Umur  : 4 Tahun

Bilangan Murid  : 7 orang

Tarikh  : 11 Mei  2017

Hari  :  Khamis

Masa  : 11.00 Pagi- 11.30 Pagi

Tema  : Makanan Seimbang

Tajuk Aktiviti  : Protein

Tunjang Utama  : Tunjang Sains Dan teknologi(Matematik awal)

Fokus                    : (MA 2.0 Konsep Nombor)

Standard Kandungan      : (MA 2.1 Memahami nombor 1 hingga 10)

Standard Pembelajaran  : (MA 2.1.2 Mengecam dan menyebut nombor secara rawak)

(MA 2.1.4 Membilang objek)

Objektif Pembelajaran  :  Di akhir pembelajaran murid dapat ;

a) Mengecam dan menyebut nombor secara rawak.

b) Membilang objek.

c) Mengenal makanan protein

Kesepaduan Tunjang : (KD 2.3.1 Bertutur dengan yakin)

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengecam makananan tersebut.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Mengaplikasi

Penerapan Nilai   : Kerjasama dan Toleransi

Alat Bantu Mengajar       : Kad gambar ,kad imbas ,komputer riba,pembesar suara







Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Tunjuk Video
1. Guru menunjukkan video makanan berkhasiat.

2. Guru meminta murid melihat video tersebut.

3. Murid melihat video tersebut
ABM:
Komputer riba dan pembesar suara
Kaedah:
Seluruh Kelas
Teknik:
Soal Jawab
Nilai: Mendengar arahan dengan baik.

Langkah 1
(5 minit)
Pengajaran makanan protein

a. Ikan
b. Telur
c. Kacang
1. Guru menunjukkan kad imbas kepada murid.

2. Guru menanyakan apa nama gambar tersebut

3. Murid menyatakan nama makanan tersebut berdasarkan gambar.

4. Guru menyebut nama makanan protein berdasarkan gambar.

5. Guru menerangkan mengenai khasiat protein kepada murid.

ABM:
Kad imbas.
Kaedah: Seluruh Kelas
Teknik:
Soal jawab
Nilai: Mendengar arahan dengan baik
Langkah 2
(15 minit)
Peti sejuk mini

a) Ikan
b) Telur
c) Kacang

1. Guru membawa peti sejuk minin dan bahan-bahan yang diperlukan.

2. Guru menunjukkan cara-cara bermain.

3. Murid diminta memilih satu kad gambar yang dipegang oleh guru.

4. Murid diminta mengambil nombor di dalam kotak sambil mata ditutup.  nombor di dalam kotak.

5. Murid diminta mengambil gambar mengikut nombor yang didapati mengikut jumlah yang diperolehi.

6. Murid memasukkan gambar tersebut ke dalam peti sejuk mini di tempat yang betul.

ABM:
Kad gambar,peti sejuk mini ,kad bergambar
Kaedah:
Seluruh Kelas
Nilai:
kerjasama

Penutup
(5 minit)
Imbas Kembali
1. Guru mengimbas kembali pengajaran.

2. Guru menanyakan kembali kepada murid.


Teknik:
Soal jawab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan