Pada 19 Januari 2018, Wanna One telah mengadakan Konsert bertemu peminat baru-baru ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Keadaan menjadi kacau apabila peminat Wanna One mula naik hantu dan menyebabkan beberapa penonton hampir pengsan dan tercedera akibat aksi tolak-menolak. Hal ini menyebabkan konsert tersebut terpaksa ditunda beberapa minit bagi meredakan situasi tersebut.
Sikap segelintir peminat tersebut menyebabkan beberapa peminat Kpoppers di Malaysia berasa malu kerana kekacauan tersebut sedikit sebanyak mencemarkan imej negara tersebut. Ada yang berpendapat bahawa sikap segelintir peminat fanatik tersebut berkemungkinan produksi di Korea akan berfikir dua kali sebelum membuat konsert di Malaysia. Peminat seharusnya menghormati konsert tersebut tanpa menimbulkan kekacauan dan mengawal emosi dan tingkah laku mereka .Moga-moga perkara seperti ini tidak akan berlaku di masa akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan