Pada 17/8/2016,Pelajar-pelajar semester 4 Diploma pendidikan awal kanak-kanak telah menganjurkan program adik di panggung percubaan di bawah tugasan KAT 1053-Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak pensyarah Encik juppri bin bacotang.Dalam program ini,kami telah menjemput kanak-kanak dari Tadika NCDRC UPSI.Pengarah program pada kali ini ialah Eizhan Ishsal yang telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini.Pada program kali ini,kami telah mengadakan beberapa aktiviti khas untuk kanak-kanak.Kami telah membahagikan aktiviti tersebut kepada dua iaitu aktiviti dalam booth dan persembahan istimewa untuk kanak-kanak.Aktiviti booth dipecahkan kepada 4 booth iaitu tulisan jawi,sirah nabi,rukun iman dan solat.Ini antara gambar dalam aktiviti booth kami sepanjang program ini berlaku.Yang lebih menarik lagi penampilan istimewa Si Adudu dan Gigitha menyambut kedatangan kanak-kanak NCDRC.Kanak-kanak ini berumur diantara 5 hingga ke 6 tahun ..dan nak tahu lebih lagi ? Maskot Adudu dibawak oleh saya sendiri haha....Meh saya payung gambar sikit.
Hehe nampak tak adudu dan gigitha kat belakang tuh..
Inilah saya..Adudu..Comel dok
Aktiviti Marble Run
Aktiviti Puzzle
Sepanjang aktivi booth di jalankan
Nie jew lah yang saya mampu upload...lain gambar xclear sangat..Cantikkan booth yang kami hias nie ?...Lepas habis aktiviti booth...kami sajikan persembahan khas untuk kanak-kanak/pengisian persembahan kami adalah mengenai adab makan,bahasa arab,rukun islam dan juga Solat.Kami mempersembahkan watak-watak dalam Cerita Boboiboy dan juga upin ipin.Kami membuat kelainan dengan mengabungkan watak-watak tersebut menjadi satu drama iaitu 'Pengembaraan Dunia Islam Boboiboy dan Upin Ipin.'' Antara watak-watak yang terlibat ialah boboiboy,tok aba,papa zola,adudu,gigitha,yaya,upi,ipin,kak ros,opah,mail dan juga mei mei.Mesti korang tertanya-tanya macam mana jalan cerita ini.
Saya lampirkan video eklusif daripada kami.Montaj Program ADIK...Mintak like ye guys..hehe.Prop ini kami yang buat tau..hah bukan senang nak buat prop besar-besar ini sebab ia merupakan program besar buat julung kalinya kami adakan.Kenangan yang paling aku xlupa bila berlakon tuh tak sangka lah pulak watak Adudu tuh menjadi perhatian kanak-kanak.Masa bergambar denga dorang pun,dorang tercari-cari mana lah Si adudu nie..padahal Adudu dah bukak dah maskot dia..tapi disebabkan dorang punya pasal..maka aku pakaikan balik maskot Adudu yang panas dan gelap itu demi penuhi permintaan dorang ..siap masa nak balik tuh ..dorang panggil saya untuk ikut dorang balik..hrmm..terharu rasanya ... Masa program tuh mengalir air mata aku sebab tak sangka aku diberi kepercayaan untuk pegang watak ini dan aku berjaya pikat hati kanak-kanak.Maskot Adudu nie aku buat sendiri tau dan hasil bantuan daripada kawan-kawan aku.Masa turn kat bawah pentas,ada seorang kanak-kanak lelaki tuh bagitahu..Adudu nie baiklah orangnya dan paling aku xboleh lupa diorang tahu adudu nie perempuan rupanya..Alamak Kantoi lah pulak...haha..Bukan senang tau nak handle program ini.Banyak kekangan yang berlaku sewaktu program ini dijalankan.Biasalah tuh nama pun program kan mesti ada berlaku masalah dari segi kewangan lah btw kami nak ucapkan teima kasih dekat Nurainin sofia sebab sudi menaja program kami kali ini..hehe..ops terlupa pulak..program kami kali ini tak lengkap lah pulak tanpa Husna sebab sepatutnya dia pegang watak yaya tapi apakan daya..huhu..takpe next progrsm ada lagi...hehe..Tarikh yang kami adakan progam ini pun banyak tertangguh tetapi syukurlah program kami kali ini mendapat sambutan dan berjalan lancar..Terima Kasih juga kepada yang hadir ke program kami.Semoga program ini bermanfaat untuk kita semua.Segala yang kita pelajari memberi pengalaman baru kepada kita semua.Bagi yang hadir ke program kami,kami pelajar semester 4 ingin meminta maaf sekiranya berlaku kekurangan kerana segala kelemahan datangnya daripada kami manakala yang baik datangnya daripada Allah.Syabas korang kerana akhirnya dapat juga kita mengadakan program besar ini.Segala kerjasama dan komitmen ynag diberi amat dihargai,segala penat lelah akhirnya berbaloi untuk kita semua.Semoga kenangan ini menjadi ingatan buat kita semua yang xlama lagi dah nak habis diploma..huhu sedihnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan