Rabu, 4 April 2018

RPH MATEMATIK MESIN PEMUTAR

Ini contoh rph bagi subjek matematik yang mudah untuk kanak-kanak 4 tahun. BBM mesin pemutar nombor memudahkan kanak-kanak untuk memahaminya. BBM ini juga boleh diguna pakai untuk subjek lain seperti pengenalan huruf abjad bagi menarik perhatian kanak-kanak. 
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas  : 4 Ikhwan

Umur  : 4 Tahun

Bilangan Murid  : 7 Orang

Tarikh  : 8 Mei 2017

Hari  : Isnin

Masa  : 11.00 pagi - 11.30 pagi

Tema  : Makanan Seimbang

Tajuk Aktiviti  : Makanan Ketika Bersarapan

Tunjang Utama  : Tunjang Sains dan Teknologi(Matematik awal)

Fokus                   : (MA 2.0 Konsep nombor)

Standard Kandungan     : (MA 2.1 Memahami nombor 1 hingga 10)

Standard Pembelajaran : (MA 2.1.1 Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan)

(MA 2.1.4 Membilang objek)

Kesepaduan tunjang  : (FK 6.1.2 Menceritakan kepentingan pemakanan yang sihat)

Objektif Pembelajaran :  Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan.

2. Membilang objek.

Pengetahuan Sedia Ada  : Kanak-kanak sudah mengecam nombor 1 hingga 10.

Penerapan Nilai    : Kerjasama dan Toleransi

Alat Bantu Mengajar     : kad bergambar, kad imbas, pen marker.Komputer , pembesar suara, kertas kajang dan gambar.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) : Mengaplikasi





Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Tunjuk Video

1. Guru menunjukkan video bangun pagi.

2. Guru meminta murid melihat dan memerhatikan gambar makanan yang ada di dalam video tersebut.

ABM:
Komputer riba dan pembesar suara

Kaedah:
Seluruh Kelas


Nilai: Mendengar arahan dengan baik.

Langkah 1
(10 minit)
Pengajaran Makanan seimbang ketika bersarapan

1. Guru menunjukkan gambar makanan seimbang ketika bersarapan.

2. Guru meminta murid mengecam gambar tersebut.

3. Guru menulis perkataan bagi setiap gambar tersebut.

4. Guru menunjukkan kad nombor 1 hingga 10 kepada murid.

5. Guru meminta murid menyebut nombor tersebut mengikut urutan.

6. Guru bertanya kepada murid nombor dengan tidak mengikut urutan.




ABM:
Kad bergambar
  
Kaedah: Seluruh Kelas

Teknik:
Soal jawab

Nilai: Mendengar arahan dengan baik
Langkah 2
(15 minit)
Mesin Pemutar Nombor
1. Guru membawa mesin pemutar nombor.

2. Guru meminta murid memutar dan mengambil nombor yang terjatuh.

3. Murid mengambil nombor yang terjatuh tersebut.

4. Guru meminta murid menyebut nombor tersebut. tersebut.

5. Guru meminta murid mengambil gambar makanan seimbang mengikut jumlah yang dapat.

6. Murid mengambil gambar makanan tersebut dan membilang mengikut jumlah yang dapat.
ABM :
Mesin pemutar huruf , puzzle huruf

Teknik:
Pemudahcara

Kaedah : individu

KBAT :
Mengaplikasi
Penutup
(5 minit)
Imbas kembali
1.    Guru mengimbas     kembali mengenai pengajaran.

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid mengenai pengajaran.
Teknik:
Soal jawab

Kaedah :
Kelas


Refleksi :